Powered By Blogger

Monday, January 3, 2011

Kebaikan coklat...utk informasi semua!! Selamat membaca!!

COKLAT bukan hanya sekadar junk food, kita harus mengetahui khasiat coklat, antaranya:


1. coklat ternyata berkhasiat membuat umur seseorang menjadi lebih panjang.
2. Mencegah risiko penyakit jantung koroner dan kanker. 

3. Mencegah penuaan  yang biasa terjadi kerana pencemaran ataupun radiasi.
4. Dapat membuat orang tenang dan membuat perasaan menjadi gembira.
5. Menurunkan tekanan darah.
6. Penelitian terbaru menunjukkan bahawa coklat mungkin juga memiliki 
manfaat untuk mengubati penyakit stroke.




Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi. 
Coklat adalah bebas daripada kolesterol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan. 


Semoga informasi di atas bermanfaat utk kita semua ya!

p/s: Namun coklat tidak boleh diambil secara berlebihan (terutama coklat yg mempunyai kandungan sukrosa/gula yg tinggi)...

No comments:

Post a Comment